THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
If you look beneath the surface of any succesful organisation, you'll find a strong and committed leader.

Khamis, 7 Julai 2011

APA ITU STB SG. BESI????

OBJEKTIF SEKOLAH TUNAS BAKTI

Untuk mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan keterampilan yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH TUNAS BAKTI

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu:

·        PENJAGAAN:

-       Memastikan proses pendaftaran kemasukan dan penyemakan dokumen -dokumen kemasukan dalam tempoh 1 jam bagi setiap kemasukan kanak-kanak.
-       Menyediakan makanan mengikut menu yang telah diluluskan sebanyak 6 kali  
sehari untuk setiap kanak-kanak.
-       Membuat pemeriksaan perubatan bagi setiap kemasukan kanak-kanak 
dalam tempoh 7 hari bekerja.
-       Membuat pemeriksaan perubatan bagi setiap  kanak-kanak 
dalam tempoh 1 bulan sebelum pembebasan.
-       Memastikan pemeriksaan Pergigian  keatas kanak-kanak 2 kali setahun.
-       Memberikan keperluan asas diri bagi kanak-kanak  1 kali sebulan.
-       Menjamin setiap kanak-kanak diberi peruntukan 1 katil  selama tempoh menjalani pemulihan.
-       Menjamin setiap kanak-kanak diberi peruntukan sekurang-kurangnya 1 pasang pakaian 2 kali setahun.


·        PEMULIHAN

-       Memastikan setiap kanak-kanak diberikan kelas kemahiran vokasional atau akademik  selepas tempoh 6 bulan  kemasukan.

-       Memastikan setiap kanak-kanak diberikan sekurang- kurangnya  1 aktiviti  sepanjang menjalani tempoh pemulihan .

-       Memberi kelas pendidikan agama mengikut kepercayaan masing-masing  bagi setiap kanak-kanak sekurang – kurangnya sekali sebulan.

-       Memastikan setiap kanak-kanak ditemubual sekurang – kurangnya 2 kali sebulan.

-       Memastikan setiap kanak-kanak diberi ujian personaliti sekurang – kurangnya 1 kali sepanjang menjalani tempoh pemulihan.

-       Memastikan kanak-kanak diberikan penilaian gred setiap 3 bulan semasa tempoh menjalani pemulihan.

-       Memastikan Laporan Ulangkaji Kanak-kanak disediakan selepas  tempoh 12 bulan menjalani pemulihan.

·        PENGINTEGRASIAN
-       Memastikan Laporan Pembebasan  Kanak-kanak disediakan 1 bulan sebelum pembebasan.

-       Memastikan setiap kanak-kanak berjumpa dengan Lembaga Pelawat sekurang – kurangnya 3 kali sepanjang menjalani tempoh pemulihan.

-       Memastikan surat-menyurat bagi setiap kanak-kanak dengan keluarga sekurang – kurangnya 12 kali sepanjang menjalani tempoh pemulihan.

Rabu, 6 Julai 2011

Sejarah Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi Kuala Lumpur

Kem Sg. Buluh:


Sekolah ini pada mulanya diwujudkan sebagai seliaan Kem di Sg. Buluh di bawah Pemerintahan Kerjaan British pada tahun 1947 apabila "enakmen Juvanile Courts Ordinance 1974" dijadikan undang-undang supaya Mahkamah Juvana berkuasa memperintahkan budak-budak lelaki yang melakukan kesalahan dari sisi undang-undang, tidak terkawal oleh ibu bapa dan memerlukan jagaan dan perlindungan, masuk ke kem ini untuk latihan dan pemulihan akhlak.  Pada ketika itu, Pengetua yang bertugas di Kem ini adalah J.W. Prescott (1947-1951) dan S. Sockanathan (1951-1953).


Sungai Besi Boys School/Sekolah Laki-Laki Sg. Besi

Pada tahun 1952, Sekolah ini telah dibina diatas tanah yang seluas 87 ekar yang mengandungi Lot. No. 13855 (20,256 kaki persegi) dan Lot No. 13856 (3, 791.277 kaki persegi) di Mukim Petaling, Daerah Kuala Lumpur terletak di Batu 6 1/4, Jalan Sg. Besi, 57100 Kuala Lumpur.  Pembinaan Sekolah ini adalah dengan peruntukan "Colonial Development and Welfare Scheme" Kerajaan British. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Malaysia General Sir Gerald Templer pada 24.9.1953 dengan namanya " Sungai Besi Boys School".  Pada tahun 1958 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Laki-Laki Sg. Besi.

Tanah di kawasan sekolah ini berbukit-bukit dengan lurah-lurah, kompleks sekolah termasuk rumah-rumah kakitangan terletak di atas 3 lurah bukit.  Dari tanah seluasnya 87 ekar itu hanya 1/3 atau lebih kurang 30 ekar sahaja digunakan untuk bangunan sekolah ini terletak di atas 10 tingkat teres.


Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi:

Pada tahun 1971, nama sekolah ini sekali lagi telah ditukar menjadi Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi.  Nama ini dianggap lebih sesuai.  Sekolah ini dan rumah kakitangan diperbuat dari papan dan berbumbung abestos.  Pada tahun 1975 sebanyak 7 buah rumah baru untuk kakitangan telah dibina kerana bilangan Pembantu Kebajikan Masyarakat telah bertambah.  Selain daripada Bengkel Tukang Kayu, Jahitan, Kimpalan yang sedia ada, bangunan baru untuk Bengkel Motor Mekanik juga dibina pada Tahun 1975 ini.

Dewan Sri Gemilang STBSB

Dewan Sri Gemilang STBSB

Pengetua Pertama (Mr. Jack Riley)

Pengetua Pertama (Mr. Jack Riley)

Asrama Murid Lama

Asrama Murid Lama

Perasmian oleh Sir Gerald Templer

Perasmian oleh Sir Gerald Templer

Lawatan Sir Gerald Templer bersama Pengetua Pertama Mr. Jack Riley

Lawatan Sir Gerald Templer bersama Pengetua Pertama Mr. Jack Riley